klik disini untuk mendengar Nasyid: - solatlah sebelum disolatkan
MUQADDIMAH......
Sakit bukan merupakan faktor membolehkan seseorang itu terkecuali daripada melakukan sembahyang biar betapa seriusnya sakit yang dialami, tidak boleh bergerak, selain daripada kepala selagi syarat wajib seperti yang dijelaskan itu ada pada diri seseorang.
Wasiat Baginda s.a.w. yang terakhir ketika dalam keadaan garah-garah, iaitu keadaan di mana hayat seseorang itu hampir berakhir, ialah agar umatnya tidak meninggalkan sembahyang.
Hadis dari Anas bin Malik menyatakan beliau berkata: Wasiat akhir Rasulullah ketika hampir wafat, lidahnya sentiasa dipenuhi dengan kalimah: As-Salah, As-Salah. Juga budak-budak yang kamu miliki. - Riwayat Ahmad, hadis Ummu Salamah isteri Nabi.
Walaupun demikian, orang yang sakit diharuskan mendirikan sembahyang menurut keupayaan. Dalam surah At-Taghabun: 16 tersebut firman Allah: Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu.
1. Orang yang sakit wajib membersihkan diri dengan air untuk mengangkat hadas kecil dan besar kerana kebersihan merupakan syarat sah sembahyang. Sekiranya tidak berupaya berbuat demikian, dia hendaklah bertayamum.
2. Wajib membersihkan pakaian dan badan daripada najis. Sekiranya tidak berupaya, dia hendaklah sembahyang dalam keadaan yang sedia ada. Sah sembahyangnya dan tidak wajib mengulanginya.
3. Wajib sembahyang di atas tempat yang suci. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian, dia hendaklah sembahyang dalam keadaan yang sedia ada. Sah sembahyangnya dan tidak wajib mengulanginya.
3. Hendaklah berdiri ketika melakukan sembahyang fardu biarpun dalam keadaan bongkok. Tidak mengapa, iaitu sah hukumnya sekiranya bersandar kepada sesuatu seperti dinding, atau memegang tongkat sekiranya lemah berdiri, atau sukar untuk berdiri ataupun menyebabkan lambat sembuh sakit yang dialami sekiranya tidak berbuat demikian, atau bertambah sakit.
4. Sekiranya tidak berupaya berdiri, pesakit hendaklah sembahyang duduk dalam keadaan bersila seperti yang dijelaskan dalam hadis yang bermaksud: Aku lihat Nabi sembahyang duduk bersila. - Riwayat An-Nasaiy. Atau sembahyang duduk seperti duduk ketika tasyahud, yang mudah baginya. Tidak kurang pahala baginya sedikit pun dengan keupayaan berbuat demikian seperti yang tersebut dalam hadis dari Abi Bardah di mana beliau berkata: Aku telah mendengar Abu Musa berkata berulang kali; telah bersabda Rasulullah: Apabila seorang hamba itu sakit ataupun musafir, ditulis baginya pahala sama seperti apa yang dilakukan ketika mukim dalam keadaan sihat. - Riwayat Al-Bukhari.
Bermaksud bahawa ibadah sembahyang yang dilakukan oleh orang yang sakit ataupun musafir yang tidak sempurna berbanding dengan sembahyang yang sempurna, yang dilakukan ketika mukim, juga dalam keadaan sihat adalah sama ganjarannya. Sah sembahyangnya dan tidak wajib mengulanginya. Allah berfirman (An-Nisa': 103): Ingatlah Allah ketika berdiri, ketika duduk juga ketika baring.
Baginda telah menyuruh Imran bin Husain dengan bersabda: Sembahyanglah berdiri. Sekiranya engkau tidak berupaya, duduk, dan sekiranya tidak berupaya hendaklah mengiring. - Riwayat Al-Bukhari.
5. Sekiranya tidak berupaya duduk atau sukar sangat untuk duduk dia hendaklah sembahyang mengiring. Lebih utama mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan menghadap kiblat dengan merendahkan diri ketika rukuk dan sujud, di mana sujudnya lebih rendah daripada rukuk dengan berusaha merapatkan muka ke bumi seberapa boleh. Sekiranya tidak berupaya menghadap kiblat, dia boleh menghadap mana-mana arah yang mudah baginya.
6. Sekiranya tidak berupaya mengiring, dia hendaklah sembahyang menelentang, di mana leher dan kedua belah kakinya menghadap kiblat, memberi isyarat dengan kepalanya ketika rukuk dan sujud.
Sekiranya tidak berupaya, dia hendaklah memberi isyarat dengan matanya iaitu dengan memejamkan matanya sedikit ketika rukuk dan memejamkannya lebih banyak ketika sujud. Sekiranya tidak berupaya melakukan kaedah itu, pesakit hendaklah berniat atau menggambarkan dalam pemikirannya yang dirinya dalam keadaan sembahyang iaitu berdiri, berniat, mengangkat tangan sambil bertakbiratulihram, rukuk, iktidal, sujud dan seterusnya hingga memberi salam.
Sekiranya pesakit berupaya berdiri, tetapi tidak berupaya rukuk dan sujud, dia hendaklah sembahyang berdiri dan menundukkan kepala ketika rukuk kemudian duduk dan menundukkan kepala ketika sujud. Tidak mengapa sekiranya diletak bantal di hadapannya untuk sujud di atasnya dengan menekankan kepala ke atas bantal tadi menurut keupayaan.
Demikianlah yang dilakukan oleh Ummu Salamah di mana beliau sujud di atas bantal yang diletakkan di hadapannya ketika sakit mata. Rasulullah tidak menegahnya berbuat demikian.
Mereka yang bongkok hendaklah menegakkan tulang belakangnya sekiranya berupaya berbuat demikian dan tidak menyakiti ketika berdiri sembahyang, dengan menundukkan sedikit badannya ketika rukuk. Sekiranya dia berupaya berbuat demikian ketika rukuk tetapi tidak berupaya melakukannya ketika sujud, dia hendaklah melakukan perbuatan rukuk dan memberi isyarat ketika sujud. Sekiranya dia boleh sujud, tetapi tidak boleh rukuk, dia hendaklah sujud ketika sujud dan memadai dengan memberi isyarat ketika rukuk.
Sekiranya pesakit sembahyang duduk dan boleh sujud di atas bumi, maka wajib ke atasnya berbuat demikian. Dalam keadaan seperti ini dia tidak boleh sujud dengan isyarat sahaja. Sekiranya seseorang itu pada mulanya berupaya sembahyang berdiri tetapi tidak berupaya meneruskannya ketika sedang sembahyang, dia hendaklah menyempurnakan sembahyangnya menurut keupayaan. Begitu juga halnya bagi orang yang sembahyang mengiring, tetapi berupaya berdiri ketika sedang sembahyang, dia hendaklah menyempurnakan sembahyangnya dalam keadaan berdiri.
Tidak harus bagi orang yang sakit mentakhirkan sembahyang dari waktunya selagi tidak menyusahkannya untuk berbuat demikian. Sekiranya sukar untuk melakukannya dia hendaklah menjamakkan antara zuhur dengan asar dan antara sembahyang maghrib dengan isyak, jamak takdim atau takhir, seperti yang dipermudahkan oleh Allah. (Al-Baqarah: 185).
(Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu).
Demikianlah keterangan yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Abdullah bin Muhammad dalam bukunya bertajuk As-Salah, 1416H, ms. 201-205.
Jelasnya bahawa sembahyang fardu itu wajib ke atas setiap orang Islam selagi syarat-syarat yang dijelaskan itu wujud pada diri seseorang. Bagi orang yang sakit, biar betapa kuat sakitnya, selagi dia masih berakal, waras, dia tetap diwajibkan melakukan sembahyang menurut keupayaan yang dijelaskan.
Sembahyang lima waktu adalah Rukun Islam yang kedua, selepas daripada mengucap dua kalimah syahadah. Amalan yang mula-mula sekali disoal di akhirat kelak ialah amalan sembahyang. Sekiranya sembahyang yang dilakukan diterima, maka akan diterimalah seluruh amalan hamba berkenaan. Sebaliknya, sekiranya amalan sembahyangnya ditolak, tidak diterima, maka tidak akan diterimalah seluruh amalannya. Keterangan hadis ini memperlihatkan bahawa sembahyang lima waktu itu adalah lambang kesempurnaan ibadah-ibadah lain. Malah amalan sembahyang adalah ibadah yang paling banyak mempengaruhi sahsiah seseorang berbanding dengan ibadah-ibadah lain. Ibadah yang lainnya adalah pelengkap.
Penjelasan ini juga menunjukkan bahawa ibadah sembahyang juga ibadah-ibadah lain itu berkait rapat dengan iman yang dimiliki oleh seseorang di mana penyakit yang dialami atau dideritai itu tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan ibadah sembahyang.
Apabila seseorang itu sakit sehingga tidak sedarkan diri, atau hilang akal dan tidak berupaya mendirikan ibadah sembahyang, maka ketika itu taklif atau tanggungjawab untuk melakukan sembahyang yang diwajibkan ke atasnya adalah terangkat, atau dijelaskan bahawa hamba berkenaan dikecualikan daripada melakukan sembahyang. Ketika itu Allah akan memberi pahala sebanyak pahala sembahyang yang dilakukan, juga pahala amalan-malan lain yang dilakukan olehnya ketika dia dalam keadaan sihat.
Kita perhatikan betapa pemurahnya Allah untuk memberi pahala kepada hamba-Nya, bersesuaian dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Pemahaman seumpama ini merupakan pendorong agar setiap orang Islam itu melakukan ibadah sebaik mungkin, terutamanya ketika masih muda dan sihat badan.
Wallahu'alam
syarat sah solat orang sakit.

- mengetahui masuk waktu solat
- menghadap kiblat
- menutup aurat
- suci daripada hadas dan najis
- ada keuzuran
lihat video di bawah: cara melakukan solat orang yang sakit
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete